Rabu, 29 Ogos 2012

KISAH KA'AB BIN MALIK DIHUKUM RASULULLAH SalAllahualaihi Wasallam

Siapapun dipecat, siapapun dihukum, siapapun dikenakan tindakan serta merta pasti akan mengalami kejutan yang luar biasa. Fitrah manusia lahirnya pasti akan merasa marah bukan kepalang, dibayangi kesumat yang mencengkam apabila menghadapi tindakan sedemikian. Namun, bagi mereka yang jiwanya kental, niatnya berjuang semata-mata kerana Allah dan Rasul, pastilah tidak merasa sempit dada kerana jalan perjuangan masih panjang. Hukuman bukanlah bererti perjuangan terhenti ditengah jalan, tetapi harus terus konsisten berada di lapangan yang diredhai Allah dan RasulNya.

Itulah Ka'ab bin Malik, biarpun dihukum kerana tidak hadir di medan perang yang tertangguh di Tabuk. Ia bukan menjadi peluang untuk berpaling dari terus berada di dalam nakhoda yang diketuai oleh Rasulullah S.A.W. Peristiwa ini berlaku ketika terdapat ramai puak munafiqin yang tidak menyertai gerakan jihad ke Tabuk. Mereka bukan sahaja gagal menyahut seruan Nabi, bahkan cuba mempengaruhi orang lain supaya menguzurkan diri. 

Selasa, 12 Jun 2012

Konsep Negara Berkebajikan Mengikut Pandangan Mursyidul 'Am PAS, Tuan Guru Nik ABdul Aziz Nik Mat

Ada pihak yang yang tidak selesa, malah merasa ragu serta menganggapnya tersasar bila pendekatan ‘Membangun Negara Berkebajikan’ dijadikan misi baru politik Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Sementara pihak parti kebangsaan seumpama UMNO mentohmah PAS lari dari prinsip perjuangan kerana tidak lagi memakai cita-cita menegak Negara Islam.

Apa yang patut difahami bahawa Islam mengajar umatnya agar terus-menerus memperjuangkan ajaran agamanya. Ia adalah prinsip yang tiada tawar-menawar. Justeru sesiapa yang tawar-menawar atas prinsip Islam, maka ia bukannya pejuang agama Islam yang sejati. Maka bukan pejuang Islam jika terus membiarkan Islam tergelincir dari landasan kuasa, dan pada sama fahaman kebangsaan (selain Islam) terus meluncur lancar di landasan kuasa.